SEKOLAH KEBANGSAAN TELOK PULAI

TEMA HARI GURU 2015

GURU MEMBINA ILMU MENYEMPURNAKAN AKHLAK
Memaparkan catatan dengan label aktiviti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label aktiviti. Papar semua catatan

18 April 2013

MAJLIS MENJUNJUNG KASIH SKTP 2013

Kita biarkan gambar berbicara sekitar Majlis Menjunjung Kasih SKTP oleh YAM Tengku Puteri Datin Paduka Hajah Arafiah bt Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 10 April 2013 yang lalu. Kami seluruh warga SKTP berasa sangat bertuah dan berbangga di atas kunjungan ini. Terima Kasih.







08 Ogos 2011

Maaf...lama tidak bersiaran!

Lama sungguh ya saya tidak bersiaran di sini. Segala perkembangan sekolah tiada sebarang laporan. Leka dengan persiapan pertunangan yang berlangsung Februari lalu dan Majlis Perkahwinan yang telah berlangsung Julai yang baru lepas. Dan leka dengan kerja-kerja sekolah yang banyak tertangguh. SAPS, SQSS, LINUS. Semuanya memerlukan pengorbanan masa yang lebih. Blog Tinta Semalam pun sudah jarang-jarang di update!!
 
Daisypath Anniversary tickers

15 Januari 2011

Kejohanan Merentas Desa

Kejohanan merentas desa SKTP telahpun berlangsung pagi tadi. Meriah. Terima kasih kepada semua yang terlibat. Guru-guru dan juga AJK PIBG sekolah. Secara keseluruhan keputusan kejohanan adalah seperti berikut:
  1. Rumah Merah - Purnama
  2. Rumah Biru - Segara
  3. Rumah Kuning - Suria
  4. Rumah Hijau - Buana




    Tahniah kepada semua murid-murid yang menang dan menerima sijil penyertaan. Terus Berusaha untuk kejayaan dalam Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah nanti. Chaiyokssssss!!

    13 Januari 2011

    Taklimat Disiplin


    Badan Lembaga Pengawas SKTP sesi 2011 dah pun selesai menyampaikan taklimat disiplin kepada murid-murid tahun 1, 2 dan 3. Bermula tahun 1 pada hari Selasa, tahun 2 pada hari Rabu dan tahun 3 pula pada hari Khamis. Semoga talimat yang diberi dapat mengingatkan kembali segala peraturan-peraturan sekolah kepada anak-anak SKTP dan diharap ianya mampu menunjukkan disiplin yang lebih baik lagi pada tahun 2011 ini.

    Terima kasih kepada guru-guru disiplin yang bergilir-gilir menyampaikan taklimat. Guru-guru yang terlibat, Pn. Shaheeza, Pn. Normalina, Cik Norhidayah, En Sabiahmad, dan Pn. Noor Aziah. Dan semoga semua guru SKTP dapat sama-sama melaksanakan segala peraturan yang telah ditetapkan secara dedikasi. Maknanya kalau salah tu tetaplah kena hukum siapa yang bersalah kan.....tidak mengira darjat. Hehehe tak kira la....anak sapa...salah tetap salah. Okey teachers.....good luck. Berat tanggungjawab nak membentuk seorang manusia. Semoga Allah bersama kita semua.

    10 Januari 2011

    Tahun 2011

    Permulaan sesi persekolahan yang penuh dengan agenda mesyuarat
    • Mesyuarat Panitia-Panitia
    • Mesyuarat Pusat Sumber Sekolah
    • Mesyuarat Kejohanan Merentas Desa
    • Mesyuarat Kelab Guru dan Kakitangan Sekolah
    Semuanya berlangsung dalam minggu yang kedua sesi persekolahan 2011 kecuali mesyuarat panitia2 yang berlangsung sebelum sesi 2011 bermula. Apapun untuk semua cikgu-cikgu di seluruh Malaysia, selamat tahun baru dan....



    2011

    13 Mei 2009

    Antara Kejayaan Penggal Pertama Persekolahan

    Johan Olahraga Keseluruhan Kategori Perempuan Peringkat Negeri
    Jurulatih : Cikgu Hasnizam Tumin

    Johan Nasyid (MTQ) Peringkat Daerah/Negeri
    Jurulatih: Cikgu Mohd Syazly Abd Halil

    Naib Johan Syair Peringkat Daerah
    Jurulatih: Cikgu Normalina Mohd Sani/Cikgu Adam Ahmad

    Naib Johan Kebudayaan Tunas Budaya Peringkat Daerah
    Jurulatih: Cikgu Normalina Mohd Sani/Cikgu Norzamani Mohd Zin

    Johan Kuiz Kesihatan Peringkat Daerah
    Jurulatih: Cikgu Hasnizam Tumin

    16 Mac 2009

    Kenangan

    03 Mac 2009

    Terkini

    Bulan yang padat? berat kepala cikgu-cikgu semua...hehehhe.
    Hari ini, selesai mesyuarat guru-guru sempena Mesyuarat Agong PIBG yang akan berlangsung pada hari Sabtu ini . bermula jam 8 pagi. Mesyuarat hari semua AJK yang terlibat melaporkan semua persiapan-persiapan yang sedang dilakukan. Puan guru besar juga berpesan kepada sekalian guru agar sentiasa mengikuti perjalanan sepanjang mesyuarat berlangsung di dalam dewan. Antara AJK PIBG di kalangan guru yang telah dilantik adalah
    • En. Sabi
    • En. Adam
    • Pn. Zurida
    • Pn. Noraini
    • En. Zuhaimi
    Dalam mesyuarat ini, Puan Guru Besar juga ada menyelitkan beberapa perkara mengenai Buku Rekod Mengajar, Pemberitahuan mengenai mesyuarat MTQ yang akan di adakan pada esok hari yang akan dihadiri oleh wakil2 sekolah yang menjadi AJK. Guru sesi petang diharap dapat memberi kerjasama agar dapat mengawal murid ketika mesyuarat berlangsung. Selain itu, Puan Guru Besar juga berharap guru kelas dapat menyegerakan tindakan memenuhkan papan kenyataan yang terdapat di hadapan dan di belakang kelas masing-masing. Semua guru petang perlu menghantar Buku Rekod Mengajar kepada GB pada minggu yang pertama setiap bulan. GPK Koko pula meminta agar senarai tempahan baju sukan dapat diserahkan pada minggu ini juga.

    Mesyuarat guru yang bermula sekitar 12.30 tengah hari bersurai pada pukul 2.15 petang.

    WAKTU PERSEKOLAHAN 2015

    Tahun 1,2 dan 3
    Isnin - 1.15-6.35 petang
    Selasa - 1.15-6.35 petang
    Rabu - 1.15-6.35 petang
    Khamis - 1.15-6.05 petang
    Jumaat - 2.30-6.20 petang

    Tahun 4,5 dan 6
    Isnin- 7.20-1.10 tghari
    Selasa - 7.20-1.10 tghari
    Rabu - 7.20-1.10 tghari
    Khamis - 7.20-1.10 tghari
    Jumaat - 7.20-12.10 tghari

    AMANAH 2015

    Nama :
    Puan Anisah Mohd Borham

    Guru Kelas (16) :
    2 Bijak

    Subjek di ajar :
    Matematik - 2 Bijak
    Bahasa Melayu - 2 Bijak
    PJ - 2 Bijak , 2 Gigih
    Moral - Tahun 3

    Amanah 2015:

    UNIT KURIKULUM
    Guru penyelaras Jadual Waktu

    UNIT HAL EHWAL MURID
    AJK Unit Kaunseling

    UNIT KOKURIKULUM
    Penolong Setiausaha Kokurikulum
    Guru Penasihat TKRS
    Guru Penasihat Kelab Memanah
    Guru Penasihat Kelab Bimbingan dan Kaunseling
    Guru Penasihat Rumah Sukan Kuning -Jasper

    UNIT FIZIKAL


    KELAB GURU & KAKITANGAN SEKOLAH

    PERSATUAN IBU BAPA & GURU
    Ahli Jawatankuasa Guru