03 Mac 2009

Terkini

Bulan yang padat? berat kepala cikgu-cikgu semua...hehehhe.
Hari ini, selesai mesyuarat guru-guru sempena Mesyuarat Agong PIBG yang akan berlangsung pada hari Sabtu ini . bermula jam 8 pagi. Mesyuarat hari semua AJK yang terlibat melaporkan semua persiapan-persiapan yang sedang dilakukan. Puan guru besar juga berpesan kepada sekalian guru agar sentiasa mengikuti perjalanan sepanjang mesyuarat berlangsung di dalam dewan. Antara AJK PIBG di kalangan guru yang telah dilantik adalah
  • En. Sabi
  • En. Adam
  • Pn. Zurida
  • Pn. Noraini
  • En. Zuhaimi
Dalam mesyuarat ini, Puan Guru Besar juga ada menyelitkan beberapa perkara mengenai Buku Rekod Mengajar, Pemberitahuan mengenai mesyuarat MTQ yang akan di adakan pada esok hari yang akan dihadiri oleh wakil2 sekolah yang menjadi AJK. Guru sesi petang diharap dapat memberi kerjasama agar dapat mengawal murid ketika mesyuarat berlangsung. Selain itu, Puan Guru Besar juga berharap guru kelas dapat menyegerakan tindakan memenuhkan papan kenyataan yang terdapat di hadapan dan di belakang kelas masing-masing. Semua guru petang perlu menghantar Buku Rekod Mengajar kepada GB pada minggu yang pertama setiap bulan. GPK Koko pula meminta agar senarai tempahan baju sukan dapat diserahkan pada minggu ini juga.

Mesyuarat guru yang bermula sekitar 12.30 tengah hari bersurai pada pukul 2.15 petang.

0 ulasan:

Catat Ulasan

SEKOLAH KEBANGSAAN TELOK PULAI

WAKTU PERSEKOLAHAN 2011

Tahun 1,2 dan 3
Isnin - 1.10-6.30 petang
Selasa - 1.10-6.30 petang
Rabu - 1.10-6.30 petang
Khamis - 1.10-6.00 petang
Jumaat - 2.40-6.30 petang

Tahun 4,5 dan 6
Isnin- 7.20-1.10 tghari
Selasa - 7.20-1.10 tghari
Rabu - 7.20-1.10 tghari
Khamis - 7.20-12.40 tghari
Jumaat - 7.20-12.10 tghari

AMANAH 2011

Nama :
Cik Anisah Mohd Borham

Guru Kelas (12) :
2 Dedikasi

Subjek di ajar :
Matematik (12) - 2 Dedikasi dan 2 Hormat
Bahasa Melayu (8) - 2 Dedikasi
PJK (11) - 2 Dedikasi

Amanah 2011:

UNIT KURIKULUM
Guru penyelaras PPSMI bahagian alatan (6)
AJK Pusat Sumber Sekolah (4)
Guru penyelaras Jadual Waktu (2)

UNIT HAL EHWAL MURID
AJK Jawatankuasa disiplin dan pengawas (1)

UNIT KOKURIKULUM
Penyelaras Kelab dan Persatuan (2)_2008/2009
Ketua gerko kelab Rukunegara (2)
Unit beruniform Tunas Kadet Remaja Sekolah (4)
Guru Penasihat Rumah Sukan Purnama (3)

UNIT FIZIKAL
AJK Unit Fizikal dan Keceriaan (4)
S/U Jurufoto (3)
Ketua bahagian Galeri Wawasan (5)

KELAB GURU & KAKITANGAN SEKOLAH
AJK KGKS 2009 (5)