Menyambung Pelajaran
Anakku sayang salahmu nyata,
Dalam pelajaran bertutur kata,
Duduk menulis kalam di lata,
Kembali kepada sekalian pendita.
Kerana pelajaran beratur pangkatnya,
Jangan dicampur yang bukan masanya,
Kerja demikian bedar salahnya,
Faham tak lekat dalam keduanya.
Pendengaran pasti menjadi haru,
Yang ditulis pun tentu keliru,
Laksana menumbuk beralas nyiru,
Berasnya luluh antah menderu.
Ilmu lisan tatkala disyarahkan,
Sekalian anggota wajib disatukan,
Ke hati semuanya kamu kumpulkan,
Barulah pendengaran dapat difahamkan .
Semasa mendengar orang berkata,
Tangan menulis pula serta,
Telinga diasingkan daripada mata,
Mustahillah faham tentangnya nyata.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan