- Membantu guru besar merangka atau membuat peraturan-peraturan sekolah.
- Menentukan peraturan-peraturan sekolah dipatuhi sepanjang masa kegiatan aktiviti dijalankan sama ada di dalam atau di luar sekolah.
- Mengawasi ahli lembaga sekolah
- Menjadi penyelaras di antara guru dan guru besar di dalam hal disiplin murid-murid.
- Menjalankan hukuman disiplin sekirannya diwakili guru besar.
- Menjadi pegawai perhubungan di antara pihak sekolah dengan ibu bapa / penjaga di dalam masalah disiplin.
- Membantu guru besar menimbulkan semangat kesetiaan dan kekitaan di kalangan murid-murid dan guru-guru.
- Menerima laporan pengawas, guru-guru dan seterusnya mengambil tindakan yang sesuai.
- Bertanggungjawab ke atas imej sekolah dengan menentukan dan memastikan perlakuan murid-murid itu sesuai dengan peraturan sekolah dan kehendak masyarakat sekeliling.
- Berusaha menanam semangat patut dan taat setia kepada peraturan sekolah serta mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara.
- Menjalankan tugas yang diarahkan oleh guru besar.
- Mengadakan kempen kebersihan dan kempen hormat guru.
- Memastikan semua pengawas sentiasa dalam keadaan berpakaian kemas dan bersih.
- Mengatur jadual tugasan pengawas semasa guru-guru bermesyuarat/urusan-urusan lain.
- Mengadakan lawatan sambil belajar.
Malas berfikir, tanya ‘soalan bodoh’…
2 beberapa blan yang lalu




bagus......
BalasPadam