SEKOLAH KEBANGSAAN TELOK PULAI

TEMA HARI GURU 2015

GURU MEMBINA ILMU MENYEMPURNAKAN AKHLAK

15 Januari 2011

Kejohanan Merentas Desa

Kejohanan merentas desa SKTP telahpun berlangsung pagi tadi. Meriah. Terima kasih kepada semua yang terlibat. Guru-guru dan juga AJK PIBG sekolah. Secara keseluruhan keputusan kejohanan adalah seperti berikut:
  1. Rumah Merah - Purnama
  2. Rumah Biru - Segara
  3. Rumah Kuning - Suria
  4. Rumah Hijau - Buana




    Tahniah kepada semua murid-murid yang menang dan menerima sijil penyertaan. Terus Berusaha untuk kejayaan dalam Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah nanti. Chaiyokssssss!!

    13 Januari 2011

    Taklimat Disiplin


    Badan Lembaga Pengawas SKTP sesi 2011 dah pun selesai menyampaikan taklimat disiplin kepada murid-murid tahun 1, 2 dan 3. Bermula tahun 1 pada hari Selasa, tahun 2 pada hari Rabu dan tahun 3 pula pada hari Khamis. Semoga talimat yang diberi dapat mengingatkan kembali segala peraturan-peraturan sekolah kepada anak-anak SKTP dan diharap ianya mampu menunjukkan disiplin yang lebih baik lagi pada tahun 2011 ini.

    Terima kasih kepada guru-guru disiplin yang bergilir-gilir menyampaikan taklimat. Guru-guru yang terlibat, Pn. Shaheeza, Pn. Normalina, Cik Norhidayah, En Sabiahmad, dan Pn. Noor Aziah. Dan semoga semua guru SKTP dapat sama-sama melaksanakan segala peraturan yang telah ditetapkan secara dedikasi. Maknanya kalau salah tu tetaplah kena hukum siapa yang bersalah kan.....tidak mengira darjat. Hehehe tak kira la....anak sapa...salah tetap salah. Okey teachers.....good luck. Berat tanggungjawab nak membentuk seorang manusia. Semoga Allah bersama kita semua.

    10 Januari 2011

    Tahun 2011

    Permulaan sesi persekolahan yang penuh dengan agenda mesyuarat
    • Mesyuarat Panitia-Panitia
    • Mesyuarat Pusat Sumber Sekolah
    • Mesyuarat Kejohanan Merentas Desa
    • Mesyuarat Kelab Guru dan Kakitangan Sekolah
    Semuanya berlangsung dalam minggu yang kedua sesi persekolahan 2011 kecuali mesyuarat panitia2 yang berlangsung sebelum sesi 2011 bermula. Apapun untuk semua cikgu-cikgu di seluruh Malaysia, selamat tahun baru dan....



    2011

    WAKTU PERSEKOLAHAN 2015

    Tahun 1,2 dan 3
    Isnin - 1.15-6.35 petang
    Selasa - 1.15-6.35 petang
    Rabu - 1.15-6.35 petang
    Khamis - 1.15-6.05 petang
    Jumaat - 2.30-6.20 petang

    Tahun 4,5 dan 6
    Isnin- 7.20-1.10 tghari
    Selasa - 7.20-1.10 tghari
    Rabu - 7.20-1.10 tghari
    Khamis - 7.20-1.10 tghari
    Jumaat - 7.20-12.10 tghari

    AMANAH 2015

    Nama :
    Puan Anisah Mohd Borham

    Guru Kelas (16) :
    2 Bijak

    Subjek di ajar :
    Matematik - 2 Bijak
    Bahasa Melayu - 2 Bijak
    PJ - 2 Bijak , 2 Gigih
    Moral - Tahun 3

    Amanah 2015:

    UNIT KURIKULUM
    Guru penyelaras Jadual Waktu

    UNIT HAL EHWAL MURID
    AJK Unit Kaunseling

    UNIT KOKURIKULUM
    Penolong Setiausaha Kokurikulum
    Guru Penasihat TKRS
    Guru Penasihat Kelab Memanah
    Guru Penasihat Kelab Bimbingan dan Kaunseling
    Guru Penasihat Rumah Sukan Kuning -Jasper

    UNIT FIZIKAL


    KELAB GURU & KAKITANGAN SEKOLAH

    PERSATUAN IBU BAPA & GURU
    Ahli Jawatankuasa Guru